BANGUNAN SEKOLAH LAMA (1940)
BANGUNAN SEKOLAH LAMA(2001)
BANGUNAN LAMA (1993-2006)
MENUMPANG DI BENGKEL MAJLIS PERBANDARAN KLANG(2007-2009)
WAJAH BARU SJK(T) JALAN TEPI SUNGAI, KLANG.
Sekolah SJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang telah ditubuhkan pada tahun 1925. Pengasas sekolah ini ialah En.Solaimalai. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 15 orang dan bertempat di sebuah rumah kerajaan. Apabila bilangan murid bertambah kepada 40 orang, Pn.Sinniah menjadi guru. Pada tahun 1940 Pn.Sinniah diganti dengan En.David.
Pada tahun 1941 sebuah bangunan sekolah telah dibina. Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan dua orang guru serta 50 orang murid.Dari tahun 1942 hingga 1945, pada zaman penjajahan Jepun, sekolah ini diuruskan oleh tiga orang guru. Pengurusan sekolah telah diserah kepada Pegawai Daerah MPK pada tahun 1947. Jabatan Pendidikan Selangor telah mengambil alih pengurusan sekolah pada tahun 1948. Penempatan guru-guru dikendalikan oleh pihak jabatan. Di bawah pentadbiran En.K.Panchatcharam kelas dari darjah empat ke darjah enam dimulakan. Pada tahun 1957 bilangan murid bertambah kepada 127 orang dan enam orang guru.
En.Mohamed Raim Bin Ali telah mula bekerja sebagai pekerja am pada tahun 1976. Pada tahun 1986 bilangan murid bertambah kepada 150 orang. Di bawah pentadbiran En.Karuppanan pada tahun 1990,bilangan murid bertambah kepada 171 orang dan bilangan guru kepada 11 orang. Pada masa yang sama kemudahan pegawai kerani dan telefon disediakan. Pada tahun 1992 sebuah bangunan tambahan dengan tiga bilik darjah telah dibina.
Dari 1.12.1993 hingga 15.3.1998 Pn. Letchumi telah menjalankan tugas sebagtai Guru Besar sekolah ini. Pada Tahun 1998, bilangan murid telah menurun kepada 115. Pada tahun 25.6.1998 Pn. A. Anthonyamah dari SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa, telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar sekolah ini. Mulai 26.6.1998 Pn. Rajalakshmi telah dilantik sebagai Guru Besar. Beliau telah banyak membawa perubahan ke sekolah ini. Beliau telah diganti oleh Pn. Rabitah Parvathy . Beliau juga menabur jasa dengan berkhidmat bersunggu-sungguh.
En. R. Muthusamy telah mengambil alih tugas Guru Besar selepas Pn. Rabitah Parvathy mulai 1.9.2005. Beliau telah bersara pada 16.07.2010. Jawatan Guru Besar kini disandang oleh Pn. V. Kalaivani.