Mendidik warga sekolah dengan pengetahuan ICT secara berperingkat menjelang tahun 2015
MISI
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran ICT Bestari serta melahirkan modal insan yang berbudaya fikiran kritis dan kreatif untuk pembelajaran sepanjang hayat.
MATLAMAT
Membudayakan penggunaan ICT secara optimum dalam segala bidang pengurusan sekolah untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
1. Menambahbaik infrastruktur serta segala kemudahan yang sedia ada dengan kerjasama kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang sempurna serta kondusif.
2. Menggunakan ICT dengan berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Memupuk murid-murid supaya mengamalkan penggunaan ICT untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
PIAGAM PELANGGAN
1. Memberikan perkhidmatan yang cekap untuk membentuk warga sekolah yang celik ICT.
2. Menyediakan kemudahan ICT yang diperlukan untuk mencapai kemajuan dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta membentuk akhlak yang mulia.
3. Memberikan layanan yang mesra dan adil kepada murid-murid dan masyarakat.